Ferhad - Kukoo

Ferhad - Kukoo

Lyric/lirik

Bila aku menjangka kembali
Mengenang semua keindahan
Nikmat tak bertepi tak bertapi
Namun tidak ku syukuri

Kan selesa kan terleka
Ingin semua tanpa usaha

Sudah, engkau dikau mereka
Sudah menakluk bulan di mana kita

Menanti, menantikan apa lagi
Menunggu, seperti pungguk rindu
Merenung, renungkan nasib untung

Kukoo, kukoo
Fajar menyinsing kokoknya berlagu
Kukoo, kukoo
Kerahkan keringatmu kerana kau mampu

Dari, berjuta benih kau yang terpilih
Untuk terus bernyawa
Maka wujudlah, dikau abang-abang mamat-mamat kita

Demi masa, sesungguh kita kerugian
Bangkit, bangun kerna kau bangsa merdeka

(A. Samad Said)
Jika kita berkata ia tanpa ragu atau letih
Kita tingkatkan daya tanpa lesu atau sedih
Diri kita akan jaya
Kita wajar jadi insan penuh sabar dan berpesan
Tiap kata penuh makna dan suara bermaruah
Baru langkah penuh gagah

No comments: