Lagu-lagu terkandung: Go Ahead, Lesson Learned, Wreckless Love, Teenage Love Affairs dan banyak lagi
Mendengar nama Alicia Keys, yang terbayang di minda adalah kehebatannya sebagai seorang gadis memanupulasi kebolehannya sebagai seorang anak seni dengan baik sehingga mampu meletakkan dia di dalam kelasnya yang tersendiri.
Saat dia muncul dengan Songs In A Minor pada 2001, aliran muzik dunia seakan menjadi miliknya yang menawan dengan kemahiran memetik piano, vokal bersahaja dan persembahan santai tetapi mantap.
Dari album ini juga, Alicia pantas melekat di minda sebagai penyanyi aliran campuran blues dan r&b yang cukup kental.
Kehebatannya disambung menerusi The Diary Of Alicia yang lahir beberapa tahun selepas itu. Hit seperti Karma mengulangi kejayaan single hebatnya, Fallin juga A Woman's Worth dan Alicia masih berada pada posisi selamat.
Dan apabila dia muncul dengan album ketiga yang juga terbaru yang diberi judul As I Am, ekspetasi khalayak adalah cukup tinggi - sekurang-kurangnya ia setanding atau pun lebih hebat daripada dua album terdahulu.
Nyata wanita ini tidak mengecewakan apabila mengarap sebuah produk yang masih mengutamakan kualiti dan menonjolkan kekuatan serta penguasaannya sebagai artis serba boleh.
Maka tidak hairan apabila khalayak mudah terpikat dengan No One, The Thing About Love mahupun kolaborasinya bersama John Mayer, Lesson Learned. Resipi yang diguna pakai Alicia masih sama iaitu menghasilkan lagu-lagu santai dengan melodi yang kemas disalut bersama aroma masa kini yang lebih moderate.
Labels: Album
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment