Diddy :: Diddy


Artis: Diddy
Album: Diddy


Lagu-lagu terkandung: Lena, Hilang, Bosan,
Bebas dan banyak lagi

Muncul dengan album ketiga selepas Kata (album kedua) dan Tekad Redha Tabah (debut) berjaya dengan jalannya sendiri, Hazami mempertaruhkan Nyata. Pada saya, ia sebuah album yang lebih segar dan bersahaja dengan lagu-lagu yang dipersembahkan dalam melodi rancak. Dan mahu mencari banyak lagu melankolik, rasanya aroma itu tidak secara total mampu diperoleh dalam album yang diterbitkan bersama oleh Hazami dan Mokhtaza Ahmad ini. Kerana lagu-lagunya digarap seimbang - rancak dan perlahan.

Biarpun ia lebih santai, ini tidak bermakna Nyata kurang mutu. Sebaliknya prestasi semua tenaga yang terlibat dalam pembikinan album ini masih berada pada lingkaran terbaik. Dan komposisi lagu-lagunya enak.
Ayuh yang membuka tirai trek pertama hasil seni lagu Hazami dan Neol pada lirik merupakan sebuah lagu rancak yang tidak meninggalkan semua elemen yang menyedapkan sesebuah lagu. Vokal dan persembahan Hazami selari dengan permainan muzik dan melodi pantasnya yang membuatkan khalayak akan turut bergoyang.

Berbanding Tiada Dikau Tiada Daku yang mesejnya dituju khas buat kedua ibu bapa, ia merupakan sebuah lagu perlahan tetapi menang pada permainan muziknya yang cemerlang pada susunan string, cello dan biolanya.

Kata Cinta Madah Berdusta dilahirkan dalam aroma balada Hazami. Lagu hasil Hazami ini sama taraf dengan Mungkir Bahagia dan lagu-lagu perlahannya yang lain. Begitu juga Restu karya Azlan Abu Hassan yang begitu mendamaikan. Sebuah balada yang menyentuh, terutama pada korus yang diiringi dengan string di bawah pimpinan Eddie Marzuki.
Sementara Fikir yang begitu rancak pula jika kena gaya mampu mengulang kesuksesan lagu Kata.

Saya berhenti menilai untuk memberi laluan kepada anda di luar menikmati Nyata dengan jiwa sendiri.
Kerana kesimpulan yang saya peroleh, Nyata tidak wajar dilepaskan.

No comments: